p/s: Entri pertama hasil upload pembaca nasihangit bernama Ct dekat luar sana. TQ. Kalau korang ada gambar menarik dan lawak nak kongsikan bersama, jangan malu-malu upload. ;3
Kreatif sungguh baju ni. Boleh dilaraskan sesuka hati dengan menggunakan zip. Namun, haram dipakai oleh umat Islam kalau nak menunjuk. Kalau nak tawan hati suami dalam rumah, tak apa. Hehehe ;3 Orang yang bertanggungjawab mencipta pakaian ini ialah Sebastian Errazuriz, seorang pereka fesyen dari Chile. Baju ini diberi nama "N3". Yang hebatnya, baju ini dilengkapi dengan 120 zip. Jadi, pemakai boleh adjust takat mana dia nak tunjuk aurat untuk syer dekat akhirat. ;3
Kuasa rakyat!! Jatuh bangun seorang pemimpin, rakyat yang tentukan. Itulah yang kita semua tak nampak. Erk, nasihangit takde kena mengena dengan parti politik Makkal Sakti yer. Hahaha ;3
Baru-baru ni, Taiwan dikejutkan dengan sekumpulan gadis hot serta lelaki yang tidak memakai seluar menaiki komuter. Rupa-rupanya kumpulan ini nak tiru acara "No pant subway ride" yang memang popular di New York. Ditanya kenapa mereka berpakaian macam tu, mereka menjawab ini adalah kempen mereka untuk memupuk gaya hidup ceria dan kempen alam sekitar dengan menaiki pengangkutan awam.
Kini, geek yang kaya dekat luar sana boleh memiliki seluar jeans yang dicipta oleh pereka yang berasal dari Belanda. Diberi nama "Beauty and the Geek", jeans ini dilengkapi dengan keyboard, mouse dan speaker. Idea ini dihasilkan oleh syarikat Nieuwe Heren. Jika syarikat tersebut memiliki dana yang cukup untuk pemasaran, jeans ini dapat dimiliki dengan harga RM1186. Pergh, mahal tu. ;(