Ya, mati hidup semula. Tetapi ini hanyalah ritual penganut agama Buddha di Kuil Wat Prommanee, Thailand. Lagi best, 9 keranda yang berwarna-warni disusun bagi menjayakan upacara ini. Malah, ritual yang sudah berusia 6 tahun ini masih diamalkan sehingga kini.
Pages
▼
16 March 2012
OMG!! MATI HIDUP SEMULA DI THAILAND (3 GAMBAR)
Ya, mati hidup semula. Tetapi ini hanyalah ritual penganut agama Buddha di Kuil Wat Prommanee, Thailand. Lagi best, 9 keranda yang berwarna-warni disusun bagi menjayakan upacara ini. Malah, ritual yang sudah berusia 6 tahun ini masih diamalkan sehingga kini.
FAKTA TENTANG SAIZ BRA
Pernahkah korang terfikir kenapa pereka baju dalam wanita menggunakan abjad ABC bagi mewakili ukuran dada perempuan? Kalau nak tahu kenapa, sila teruskan bacaan. ;3
MAKANAN SEBESAR JARI (13 GAMBAR)
Kita biasa dengar istilah dunia di hujung jari tapi tak pula makanan di hujung jari. Buat pengetahuan korang, semua makanan yang dipaparkan adalah makanan yang boleh dimakan dan bersaiz hanya sebesar jari malah lagi kecil pun ada. ;3
PERAGUT YANG PRIHATIN DI CHINA
Siapa sangka, mangsa ragut di China akhirnya berjaya mendapatkan balik barangan dalam begnya yang baru diragut beberapa hari yang lepas. Alkisahnya, seorang mahasiswa bernama Xiao Liu berjalan bersendirian di jalan yang sunyi untuk mencari pekerjaan berbekalkan sijil diploma yang dimilikinya. Namun, dalam perjalanan, dia diragut oleh peragut yang menunggang motorsikal.
Xiao Liu menangis mengenangkan segala dokumen peribadi yang terdapat dalam beg tersebut. Pelbagai cara dilakukan oleh Xiao Liu untuk mendapatkan balik dokumen dia termasuk dengan menghubungi no.hp yang terdapat dalam beg tersebut. Namun, tiada jawapan sehinggalah suatu hari dia mendapat SMS daripada no.hp dia sendiri. Dalam kandungan SMS tersebut, si peragut meminta maaf dengan tindakannya. Dia juga berjanji akan menghantar dokumen tersebut di tempat yang dijanjikan dengan syarat Xiao Liu tidak menghubungi polis.
Di hari perjanjian, Xiao Liu dapat balik segala dokumen yang dikehendakinya. Lagi best, perompak tersebut turut tidak mengambil hp milik mangsa dan menghantar SMS berbunyi, "Kehidupan seorang graduasi amat sukar, ambil balik hp kamu." Xiao Liu berharap agar peragut itu insaf dengan segala perbuatannya dan kembali ke pangkal jalan. Erm, kalau di Malaysia, mana ada peragut prihatin macam ni. Hehehe ;3
Moral 0f the story: Hanya orang yang pernah susah tahu perit kehidupan orang susah yang lain. Namun, itu tak bermakna orang susah boleh rompak orang kaya sebab mereka senang. Hehehe ;3
SEDAPNYA SAMBAL BELACAN
Sebut jer sambal belacan, pasti air liur korang meleleh. Mana taknya, kesedapan sambal belacan ni boleh membuatkan si pemakan rasa nak tambah nasi lagi. Bahan untuk membuat sambal belacan ni senang je. Cili, garam, gula, belacan dan limau nipis. Namun cara nak buat sambal belacan tak semudah bahannya. Hehehe ;3