Seorang remaja Taiwan, Zhuang,19 tahun, meninggal akibat bermain game Diablo 3 selama 40 jam non-stop. Asalnya, Zhuang mahu berjumpa kawannya di Yuching. Namun, kawannya tiada di rumah. Lantas, dia ke internet cafe 24 jam untuk menghabiskan masa sambil menunggu kepulangan kawannya. Doktor mengesahkan Zhuang meninggal akibat masalah radang otot dan darah beku kerana duduk terlalu lama dalam posisi yang sama.