Pages

30 August 2012

WTF!! SAMSUNG BAYAR SAMAN APPLE GUNA USD 1 BILLION PAKAI SYILING 5 SEN


CALIFORNIA - Ibu pejabat Apple pagi tadi telah menerima lebih 30 trak syiling 5 sen. Pada mulanya, syarikat keselamatan yang menjaga fasiliti itu berkata ia telah dihantarkan ke tempat yang salah, namun Tim Cook yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Apple menerima panggilan dari Ketua Pegawai Eksekutif Samsung menjelaskan bahawa mereka akan membayar USD $1 billion sebagai denda yang diperintahkan mahkamah baru-baru ini dengan cara ini.

Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee berkata "dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah atau cara pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk membayar USD $1 billion kepada pencipta iPhone itu dengan cara yang kami fikirkan terbaik."

Tindakan yang kotor tetapi genius dari Samsung itu telah membuatkan eksekutif Apple dalam keadaan runsing apabila mereka terpaksa memohon untuk mengira semua wang itu bagi memastikan duit itu cukup. Kemudian pihak Apple terpaksa mendepositkan jumlah syiling 5 sen itu kepada pihak bank dengan harapan pihak bank akan menerima permohonannya.

Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee berkata lagi, syarikat itu tidak akan takut dengan mereka yang mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya. "Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin minuman untuk seumur hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan mematuhi undang-undang," tambahnya lagi. Pihak Apple belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai 20 billion keping syiling 5 sen tersebut.

kredit: www.putrajaya-online.com

SELAM LONGKANG UNTUK CARI REZEKI DI INDIA


Anda pasti terkejut dengan tajuk yang nasihangit ceduk daripada blog milik Bro Nasa pada malam ini bukan? Selalunya kita hanya dengar, penyelam kolam atau laut sahaja tetapi yang ini adalah penyelam longkang. Penyelam longkang ini tugasnya adalah membersihkan longkang yang tersumbat.

INFO! JUMLAH GULA DALAM MAKANAN SEHARIAN


Jom kita selidik jumlah gula dalam makanan seharian kita. Sekali lagi nasihangit tak tahu nak buat ulasan macam mana untuk entri ni. Hehehe ;3