Kisah tragis ini memaparkan seorang warga Thai yang mengahwini kekasih hatinya meskipun wanita ini telah mati. Alkisahnya, Sarinya Kamsook, 29, terbabit dengan kemalangan sehari sebelum majlis perkahwinannya dengan teman lelakinya iaitu Chadil Deffy, 28. Dalam insiden itu, wanita ni cedera parah. Dia dikejarkan ke hospital namun oleh kerana wad ICU sesak, wanita ini dibiarkan kesakitan selama 6 jam sebelum ajal menjemputnya. Tragis bukan?
Sarinya sudah beberapa kali meminta Deffy untuk melansungkan perkahwinan. Namun, oleh kerana Deffy masih lagi belajar, dia terpaksa menangguhkan hasrat teman wanitanya itu untuk beberapa kali. Meskipun sudah tiada, Deffy berkeras mahu menunaikan hajat terakhir Sarinya iaitu dengan mengahwininya. Akhirnya, mereka telah pun bergelar suami isteri. Erk, boleh ke macam tu? ;3
scarynyaaaaaaaaaaaaa!!!
ReplyDelete