Bertempat di China, pada 3 November lepas, seorang wanita dikejarkan ke hospital akibat putus jari tengah. Jari wanita ini putus setelah dipotong oleh pekerja kebersihan. Sebelum ini, wanita ini telah membuang sampah merata-rata tempat di depan pekerja kebersihan tersebut. Rasa terhina dengan perbuatan wanita itu, pekerja tersebut meminta wanita itu supaya mengutip balik sampah yang dibuangnya. Namun, wanita itu enggan lantas berlaku pergaduhan yang mengakibatkan jari wanita ini putus setelah dipotong dengan pisau.
Polis percaya perempuan itu memberikan isyarat lucah selepas enggan mengutip sampah tersebut kepada pekerja kebersihan itu. Pengajaran daripada kejadian ini ialah hormatilah orang lain meskipun dia cuma pekerja kebersihan. Kerana isyarat lucah, badan binasa. Hahaha ;3
No comments:
Post a Comment