Jenama pengeluar ubat gigi terkenal, Colgate, telah mengeluarkan satu iklan yang amat unik untuk mempromosikan floss jenama tersebut.
Kalau korang sekali pandang gambar tersebut, korang dapat lihat ada cebisan makanan di setiap mulut si lelaki. Namun, perhatikan sekali lagi secara lebih terperinci. Di gambar pertama, jari wanita itu ada 6. Gambar kedua pula terdapat tangan orang lain memegang bahu si lelaki. Manakala gambar terakhir ini pula lelaki tersebut tidak mempunyai cuping telinga di sebelah kanan.
Mesej iklan ini ialah sisa makanan yang terlekat dicelah gigi anda akan menarik perhatian orang ramai berbanding kecacatan fizikal. Kreatif bukan iklan ini? Smart!!!
No comments:
Post a Comment