Kita biasa melihat orang kafir mati dipertontonkan dalam keranda. Namun, lain pula yang berlaku buat remaja berusia 22 tahun dari Puerto Rico, David Morales Colón. Dia mati akibat ditembak. Jasad David dihias di atas motor kesayangan dia iaitu Repsol-liveried Honda CBR600 F4. Motor tersebut merupakan hadiah daripada pakciknya.
Jangan terkejut kerana Indonesia telah membenarkan kanak-kanak berusia 3 tahun untuk hisap rokok paip. Namun, bukan rokok sebenar yang mereka hisap. Ini adalah rokok paip mainan buatan tangan oleh penduduk di Jakarta dengan menggunakan ais kering. Budak-budak cuma perlu meniup straw seakan paip untuk mengeluarkan asap putih. Rokok mainan ini boleh diberi dengan harga 1000 rupiah atau ringgit malaysia, 35 sen sahaja.
Terbaru, lanskap baru telah muncul di Guangzhou dan Shenzhen. Batu-batu yang berbentuk piramid di pasang di setiap flyover. Rakyat mereka berpendapat bahawa batu-batu simen itu sengaja dipasang bagi mengelakkan golongan yang tak berumah atau kutu-rayau tidur di bawah jambatan lantas memburukkan pandangan masyarakat. Namun, kerajaan China menafikan sekeras-kerasnya motif batu-batu itu dipasang sebab nak elak golongan macam ini.
Mamat ni nampaknya seorang yang tak boleh dipandang remeh. Hahaha ;3