Kalau korang tengok gambar dekat atas ni, majoriti tahu budak China ni memang tersohor malah gambar-gambar chubbynya menjadi trend dalam internet. Namun, korang tahu tak sape nama budak ni? Sila teruskan bacaan untuk mengikuti perjalanan hidupnya. :D
Baru berusia 4 tahun, Xiao Hao, dari Guandong, mempunyai ketinggian 1.1 meter dan berat 62 kg. Nak kata budak ni sejak azali gemuk tak jugak sebab masa baru dilahirkan, beratnya cuma 2.6 kg.
Entah mengapa makin lama, berat badan Xiao Hao naik secara mendadak bak penggusti sumo. Semakin besar, semakin sukar si ibu nak kawal kelincahannya. Silap hari bulan, Xiao Hao bagi smackdown lagi dekat mak dia.
Paling memeningkan, doktor telah pun memeriksa budak ni dan mengesahkan bahawa budak ni takde masalah hormon yang menyumbang kepada masalah kegemukan Xiao Hao. Doktor bagitau masalah kegemukannya adalah sebab faktor pemakanan. WTF!! Nasihangit pun boleh jadi doktor kalau macam tu. Hehehe :D
Malah, tadika telah banned Xiao Hao sebab terlalu kuat makan. Tengok tu, siap nak minta tambah lagi. ;3
Xiao Hao boleh diibaratkan bintang filem di tadikanya.
Ironiknya, Xiao Hao minat bermain bolasepak meskipun tak kurus-kurus. Mana taknya, tengah main bola pun siap hisap lolipop lagi. Hahaha :D