JOM JADI "DOWNLINE" NASIHANGIT

BIODATA NASIHANGIT


Nama : yo87
DOB : 1/1/1987 (harap korang tak percaya)


Nasihangit??

Nasihangit adalah blog pertama yang wujud dalam dunia ini. Mana tak nya, nasihangit telah pun mengeluarkan entri pertama sejak tahun 1971. Kalau korang tak percaya, korang boleh semak entri pertama nasihangit dekat senarai entri blog. Hahaha :D Nama nasihangit dipilih sebab asyik fail jer kalau tanak nasi pakai dapur gas. Selalu hangit. Jadi timbullah nama nasihangit. Jadi, kalau korang tanak nasi, ingatlah nasihangit yer. Hehehe :D


Jangan tanya nasihangit tentang no.pin BBM sebab nasihangit takde objek tu. Apatah lagi akaun twitter. Nasihangit create FB pun sebab dipaksa dan dipengaruhi oleh rakan-rakan serumah. Hahaha :D. Jadi sesiapa yang mahu berkawan atau memberi pendapat, cadangan, opinion..silalah hubungi  nasihangit dekat akaun Facebook nasihangit dekat bawah yer. Muahahaha :D






Nasihangit adalah anak ke-2 daripada 4 orang adik-beradik. Abang nasihangit dah kahwin dan mempunyai kerjaya yang cemerlang di sebuah syarikat carigali minyak yang popular dengan naik turun harga di Malaysia. LOL! Manakala nasihangit pula baru sahaja habis amik degree in networking system di UniKL MIIT. Kalau korang budak UniKL MIIT korang tahulah apa itu BNS. Hehehe ;3

FYI, nasihangit berusia 25 tahun dan merupakan anak yatim piatu. Ayah nasihangit meninggal pada bulan 10/2011 manakala mak nasihangit pula meninggal pada bulan 5/2012. Erm, sedih pulak rasa bila fikirkan ibu bapa dah tak ada ni. Tambah-tambah raya dah nak dekat. Raya tahun ni adalah raya pertama tanpa kehadiran mereka. Memang tangkap nangislah. Tapi, menangis dan menyanyi lagu raya pun tak dapat membantu mereka di alam kubur. Jadi, nasihangit sentiasa sedekahkan mereka dengan bacaan Al-Quran agar mereka dijauhi dengan azab kubur dan mendapat perlindungan di alam sana oleh yang Maha Esa. Pesan nasihangit, hormatilah dan jagalah perasaan ibu bapa korang selagi korang masih mampu melihat mereka depan mata. Lagi satu, dengan keredhaan Allah S.W.T dan pendidikan sahaja yang boleh ubah nasib keluarga korang. Kini, amanah untuk menjaga dua lagi adik-beradik berada di bahu abang dan nasihangit sendiri.

Sekarang ni, nasihangit tak kerja tetapi meneruskan perniagaan mak nasihangit. Erm, kira kerja jugak la tu kan? Hehehe ;3. Tapi, nasihangit bos, kuli pun nasihangit jugak. Susah nak pakai pekerja yang boleh tahan dengan godaan duit ni. Alhamdulillah, perniagaan nasihangit bertahan. Amin. ;3.

Abang nasihangit dah kahwin. Nasihangit? Erm, dulu rancang nak kahwin bulan 9 tetapi rumah baru yang dibina bersama oleh keluarga masih dalam proses pembinaan lagi. Kira-kira 90% nak siap. Jadi tundalah sampai bulan 10 ni. Harap bulan 10 ni korang dapat baca entri tentang perkahwinan nasihangit pula. Jangan ditunda lagi sudahlah. Hehehe ;3. Bila nasihangit update blog? Biasanya nasihangit akan peruntukkan awal pagi lepas solat subuh untuk buat entri baru sebab masa tu otak tengah fresh. Buat banyak entri lepas tu jadualkan bila entri tu nak publish. ;3

Oklah, setakat ini sahaja coretan nasihangit untuk kali ini. Nasihangit nak pergi buka kedai pulak. Salam 3Malaysia.



Comments
2 Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...