Keychain hidup yang mengandungi ikan, kura-kura dan hidupan laut lain menjadi barangan yang begitu popular di China. Keychain hidup yang berukuran 7 sentimeter ini kononnya didakwa mengandungi nutrisi oleh pembekalnya dan mampu hidup selama beberapa bulan. Namun, ikan ini akan mati tak lama kemudian sebab kekurangan oksigen. Dijual dengan harga serendah RM2, keychain ini mencatatkan jualan 10 keychain dalam masa hanya 5 minit. Bayangkan berapa banyak makhluk yang teraniaya dalam sehari?
Oleh kerana tiada undang-undang yang diperuntukkan bagi perlindungan hidupan hiasan ini, aktivis menyeru agar penduduk China tidak membeli keychain hidup ini dan berharap agar pasaran keychain ini mati. Namun, ada segelintir yang tetap membelinya semata-mata untuk melepaskan haiwan kecil tersebut daripada sangkar plastik itu. Kejamnya manusia. Huhuhu ;3