JOM JADI "DOWNLINE" NASIHANGIT

11 June 2012

0 SADIS! SEMINGGU BARU TAHU MAK MENINGGAL


China, seorang pelajar luluh hatinya apabila mengetahui berita bahawa ibunya sudah tiada di dunia lagi. Lebih menyedihkan, Shen Fei, mendapat berita ini 12 hari lewat daripada tarikh kematian ibunya. Sebenarnya, pihak sekolah serta saudara-mara berpakat dengan polis supaya merahsiakan berita ini daripada Shen Fei. Ini kerana dia sedang menduduki ujian kelayakan ke universiti. Bagi mengelakkan tumpuannya terjejas, Shen Fei dapat tahu berita ini selepas sahaja menjawab last paper ujian tersebut. Sadisnya...huhuhu ;(



Sebenarnya, 12 hari lepas, ibu bapa Shen Fei datang ke sekolah bagi menghadiri sesi taklimat ibu bapa para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan kelayakan ini. Dalam perjalanan pulang, ibubapanya terbabit dengan kemalangan dan mengorbankan nyawa ibunya. Bapa Shen Fei pula dimasukkan dalam ICU.


Guru menenangkan Shen Fei supaya menerima qada' dan qadar daripada Ilahi.


Selepas jer Shen Fei dapat berita itu, dia terus ke hospital untuk bertemu dengan bapanya.


Saudara-mara Shen Fei tidak dapat menahan perasaan.
Comments
0 Comments

0 mangsa nasihangit:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...