JOM JADI "DOWNLINE" NASIHANGIT

10 November 2012

1 TRAGIS!! CINTA SEJATI PASANGAN BRITAIN


Inilah dia cinta sejati. Di Britain, William Kent, 24 tahun, berkenalan dengan bakal isterinya, Emma sejak di bangku persekolahan. Selepas beberapa tahun couple, pada hari Valentine 2009, William meminang Emma. Oleh kerana faktor kewangan, mereka putuskan untuk berkahwin pada 2014. Namun, cinta yang dijalin oleh mereka tidak semudah yang mereka sangkakan. Pada April 2012, William mengalami sakit tangan dan batuk yang teruk.

Dia kemudian disahkan mengidap barah limfa. William berjuang menentang kanser tersebut selama 6 bulan sehinggalah barah tersebut merebak ke sistem saraf dan otak. Lantas, William hilang kebolehan untuk bercakap. Pada 3 Oktober, mereka telah berpakat untuk mengadakan majlis perkahwinan tertutup di dalam hospital.










Malangnya, William meninggal 11 hari selepas perkahwinan mereka. Sedih pula cerita ni....
Comments
1 Comments

1 mangsa nasihangit:

ezyra taharin said...

sedih nye...harap nasib pencintaan sye tak mcm dorg dua ..hmmmmmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...