Bosan dengan rakan yang suka buat bisang dalam kelas, Kazutaka Kurihara dan Koji Tsukada nekad untuk mencipta satu gadget yang mampu membuatkan golongan ini berhenti bercakap tanpa disuruh berbuat demikian. Gadget yang diberi nama "SpeechJammer" ini berfungsi dengan menghasilkan delay 0.2 saat terhadap percakapan orang yang buat bising.
Gambarrajah dekat atas menunjukkan bagaimana gadget ini beroperasi. Ia memantulkan bunyi melalui getaran bunyi yang dihasilkan oleh orang yang buat bising lantas menambah delay terhadap perbualan orang itu sendiri. Macam otak korang dengar suara korang main balik tetapi orang awam lain tak rasa apa-apa. Lantas, orang itu akan mengalami ganguan tindak balas otak buat sementara waktu. Namun, alat ini tidak mendatangkan mudarat terhadap mangsa.
Malah, SpeechJammer dilengkapi dengan sistem laser yang mampu beroperasi dalam lingkungan 34 meter. Jadi, si pengguna boleh berada jauh daripada mangsa untuk mengelak daripada dikesan. Untuk lebih pemahaman, sila tonton video dekat bawah ni.
Kalau jatuh dalam tangan student, masaklah. Hehehe ;3