JOM JADI "DOWNLINE" NASIHANGIT

30 July 2010

1 NASI DAH BASI


Sekiranya korang dah terlambat untuk amalkan petua ELAK NASI BASI, korang boleh amalkan petua seterusnya. Caranya ialah dengan masukkan baki nasi basi ke dalam plastik kemudian buang dalam tong sampah. Basuh periuk nasi tadi dan tanak nasi yang baru. Insyaallah, nasi basi sudah tiada lagi.  hahahaha ;D

Selamat mencuba. ;)

7 ELAK NASI BASI


Nak elakkan nasi daripada cepat basi? Caranya senang jer iaitu dengan memasukkan dua hingga tiga kuntum bunga cengkih dan secubit garam pada nasi. Hasilnya, nasi bukan sahaja lambat basi malah berbau wangi dan segar. Nak lagi wangi? Korang cuma perlu spray perfume jer dalam periuk nasi korang tu. ;D


Selamat mencuba. ;)

1 ELAK NASI MENTAH


Kali ini nasihangit ingin berkongsi petua bagi mengelakkkan nasi mentah pula. Mungkin korang semua pernah alami peristiwa tersilap membuat sukatan air dengan ketinggian beras. Akhirnya, nasi korang menjadi mentah sebab kekurangan air. Korang tak perlu panik, nasihangit ada petua. Apa yang korang perlu lakukan ialah dengan merenjiskan air ke dalam periuk nasi. Biarkan nasi ditanak dalam beberapa minit. Ulang langkah ini sehingga nasi korang betul-betul masak. Ingat, jangan terlampau lama. Nanti nasi mentah korang bertukar jadi nasi hangit pula. Tak pasal-pasal korang kena tengok petua ELAKKAN NASI HANGIT. ;D


Selamat mencuba yer. ;)

1 ELAK NASI HANGIT



Nasi anda hangit? Tiada masalah. Nasihangit ada petua nak elakkan pembaziran nasi yang dah hangit daripada dibuang begitu saja. Caranya ialah korang cuma perlu campurkan beberapa tangkai cili kering ke dalam periuk nasi yang ada nasi hangit. Panaskan selama dua minit. Hasilnya ialah nasi korang tadi bukan sahaja bertambah hangit malah berbau cili kering. hahahahaha. ;D


Selamat mencuba. ;)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...