JOM JADI "DOWNLINE" NASIHANGIT

29 August 2012

0 OMG!! PERTANDINGAN RATU CANTIK MAK NYAH DI THAILAND


Setiap tahun, Thailand menganjurkan pertandingan ratu cantik mak nyah. Kalau korang nak sertai pun boleh. Namun, korang kena nampak cantik macam mereka ini. Kalau korang bernafsu tengok koleksi gambar ni, korang bermasalah. Hahaha ;3

1 OMG!! MATI TERTIMBUS DALAM LIANG LAHAD


TEMERLOH - Seorang penggali kubur menemui ajalnya selepas tertimbus selama kira-kira lima minit di dalam liang lahad yang digalinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Penak dekat Mentakab di sini semalam. Sebelum kejadian pada pukul 10.15 pagi, Zailan Hamid, 40, sedang menggali tiang lahad untuk mengebumikan seorang penduduk kampung, Minah Ishak, 76, yang meninggal dunia akibat sakit tua kira-kira empat jam sebelum itu.

Rakan sekampung mangsa, Nizri Bakar, 57, berkata, sebelum kejadian, Zailan yang sudah 10 tahun berpengalaman menggali kubur bersama seorang lagi rakannya yang dikenali sebagai Nasir Musa, 44, berada di dalam kubur tersebut bagi menyudahkan liang lahad yang akan menempatkan jenazah Minah. "Dalam keadaan berdiri, Zailan dan Nasir melakukan kerja-kerja terakhir membaiki liang lahad namun tanpa diketahui puncanya kubur tersebut tiba-tiba tertimbus dengan tanah yang berada di tebing kubur hingga menutupi badan Zailan," kata pemuda itu. Bagaimanapun, Nasir bernasib baik kerana runtuhan tanah tersebut tidak menimpa badannya.

Nizri memberitahu, Zailan terkambus sedalam kira-kira setengah meter dan semasa itu hanya kaki kanan mangsa yang terjulur keluar dari timbunan tanah. "Melihat kejadian tersebut, saya menjerit meminta tolong kawan-kawan yang sedang berehat di kawasan kubur," kata Nizri. Tambah Nizri, mereka kemudian beramai-ramai menggali kubur itu semula menggunakan tangan tanpa cangkul kerana takut akan mencederakan kepala dan badan mangsa yang tertimbus.

Al-fatihah.

0 OMG!! AYAM BERKAKI EMPAT


TUMPAT – Seorang suri rumah nyaris memasak kari ayam berkaki empat apabila dia terbeli ayam yang mempunyai empat kaki. Didapati dua daripada kakinya tumbuh di bahagian punggung ayam tersebut. Hasnah Yahya, 48, berkata, dia membeli ayam itu di sebuah gerai menjual ayam di Chabang Tiga Berangan di sini, untuk dijadikan kuah roti jala pada hari raya kedua lalu. “Saya ke gerai ayam itu membeli dua ekor ayam untuk dijamu kepada sanak saudara. Masa membeli ayam ini memang saya tidak perasan ia mempunyai empat kaki.”

“Mungkin masa itu ramai pelanggan, beratur panjang juga saya untuk mendapatkan dua ekor ayam ini, cuma seekor sahaja yang berkaki empat,” katanya. Bagaimana pun Hasnah berkata, dia menyedarinya selepas menyediakan rempah di dapur untuk memasak kari ayam dan ketika menyiang ayam terbabit dia terpegang kaki ayam itu. “Terkejut saya seketika dengan penemuan pelik ini kerana seumur hidup saya ini pertama kali saya melihat ayam berkaki empat. Tetapi sayang ia sudah disembelih, kalau tidak mungkin ayam ini akan dipelihara,” katanya.

Menurutnya, walaupun sebelah kaki ayam itu terpotong, dia tidak meneruskan hasratnya untuk memasak kari ayam pada hari tersebut. “Saya batalkan niat untuk memasak kari ayam berkaki empat ini kerana khuatir tidak berselera untuk menjamah. “Ayam pelik ini seberat dua kilogram yang dibeli dengan harga RM10 diberikan kepada saudaranya dan sehingga kini masih disimpan di dalam peti sejuk,” katanya.

kredit: http://ikhwanmencarinurillahi.blogspot.com

0 PERISTIWA YANG BERLAKU DI JEPUN DALAM 2 MINIT


Sebelum ni nasihangit pernah bawa korang melancong ke India dan Brazil selama dua minit. Kali ni nasihangit nak bawa korang ke Jepun pula. Meh ikut nasihangit! Hehehe ;3

0 SUPER SAIYA, BERTUKAR!!


Maaf tajuk merapu, nasihangit tak tahu nak letak tajuk apa untuk entri ni. Hahaha ;3

0 LAWAK!! JANTAN TETAP JANTAN


Sempat lagi pakcik ni menjeling. Bukan main fokus lagi. Hahaha ;3

0 TERBAIK!! KUCING PUN DIET!


Seekor kucing yang diberi nama Tiny dihantar ke pusat jagaan haiwan di Kanada. Semasa dihantar, kucing ini dibungkus dalam kotak. Apa yang menarik tentang kucing ni? Sila teruskan bacaan. ;3

0 MUKA TAK BERSALAH


Cute jer bayi ni. Hehehe ;3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...