JOM JADI "DOWNLINE" NASIHANGIT

14 August 2012

2 BANGUN PAGI! GOSOK GIGI! CUCI MUKA DAN MANDI!


Hari dah pagi!! Masa untuk nasihangit bersiap untuk pergi kerja. Hehehe ;3. Ini entri khas bagi mereka yang nak mengenali nasihangit dengan lebih dekat. Nasihangit adalah anak ke-2 daripada 4 orang adik-beradik. Abang sulung nasihangit dah kahwin dan mempunyai kerjaya yang cemerlang di sebuah syarikat carigali minyak yang popular dengan naik turun harga di Malaysia. LOL! Manakala nasihangit pula baru sahaja habis amik degree in networking system di UniKL MIIT. Kalau korang budak UniKL MIIT korang tahulah apa itu BNS. Hehehe ;3

FYI, nasihangit berusia 25 tahun dan merupakan anak yatim piatu. Ayah nasihangit meninggal pada bulan 10/2011 manakala mak nasihangit pula meninggal pada bulan 5/2012. Erm, sedih pulak rasa bila fikirkan ibu bapa dah tak ada ni. Tambah-tambah raya dah nak dekat. Raya tahun ni adalah raya pertama tanpa kehadiran mereka. Memang tangkap nangislah. Tapi, menangis dan menyanyi lagu raya pun tak dapat membantu mereka di alam kubur. Jadi, nasihangit sentiasa sedekahkan mereka dengan bacaan Al-Quran agar mereka dijauhi dengan azab kubur dan mendapat perlindungan di alam sana oleh yang Maha Esa. Pesan nasihangit, hormatilah dan jagalah perasaan ibu bapa korang selagi korang masih mampu melihat mereka depan mata. Lagi satu, dengan keredhaan Allah S.W.T dan pendidikan sahaja yang boleh ubah nasib keluarga korang. Kini, amanah untuk menjaga dua lagi adik-beradik berada di bahu abang dan nasihangit sendiri.

Sekarang ni, nasihangit tak kerja tetapi meneruskan perniagaan mak nasihangit. Erm, kira kerja jugak la tu kan? Hehehe ;3. Tapi, nasihangit bos, kuli pun nasihangit jugak. Susah nak pakai pekerja yang boleh tahan dengan godaan duit ni. Alhamdulillah, perniagaan nasihangit bertahan dan boleh lawan cucuk angin gaji abang nasihangit tu. Amin. ;3.

Abang nasihangit dah kahwin. Nasihangit? Erm, dulu rancang nak kahwin bulan 9 tetapi rumah baru yang dibina bersama oleh keluarga masih dalam proses pembinaan lagi. Kira-kira 90% nak siap. Jadi tundalah sampai bulan 10 ni. Harap bulan 10 ni korang dapat baca entri tentang perkahwinan nasihangit pula. Jangan ditunda lagi sudahlah. Hehehe ;3. Bila nasihangit update blog? Biasanya nasihangit akan peruntukkan awal pagi lepas solat subuh untuk buat entri baru sebab masa tu otak tengah fresh. Buat banyak entri lepas tu jadualkan bila entri tu nak publish. ;3

Oklah, setakat ini sahaja coretan nasihangit untuk kali ini. Nasihangit nak pergi buka kedai pulak. Salam 3Malaysia.



Comments
2 Comments

2 mangsa nasihangit:

Cik Ila said...

Salam perkenalan nasihangit..jumpa kt SB td..

Salam Aidilfitri!

yo87 said...

@Cik Ila

Salam perkenalan. ;3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...