JOM JADI "DOWNLINE" NASIHANGIT

27 August 2012

7 ADVERTLETS VS NUFFNANG, MANA SATU PILIHAN BLOGGERS?


Kali ini nasihangit nak buat satu entri yang menjadi topik panas sejak dulu lagi dan harap bloggers dekat luar sana boleh menyumbangkan pengalaman serta pendapat mereka tentang dua syarikat pengiklanan tersohor ini iaitu Advertlets dan Nuffnang. First and foremost, nasihangit nak cerita pengalaman nasihangit sendiri. Bagi nasihangit, advertlets ni banyak menyumbang income kalau nak compare dengan nuffnang. Namun, dari segi pengurusan dan laman sesawang, nuffnang lagi terbaik. Malah, nuffnang bayar lagi cepat berbanding advertlets. Nuffnang sebulan, advertlets dua bulan katanya. Nasihangit tengah tunggu paycheque pertama dari advertlets. Kalau 2 bulan masih tak dapat, tukar kepada nuffnang seumur hidup memandangkan nuffnang dah 2 kali bagi payment on time kepada nasihangit. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Hahahaha ;3


Tapi, nuffnang lebih mengutamakan kaki bodek. Banyak korang bodek tentang mereka, banyak korang dapat. Plus, nuffnang cepat bagi income kepada bloggers baru berbanding yang lama kerana nasihangit pernah terkena. Masa awal buat blog, manis je. Dah lama, income ciput nak mampos. Padahal, trafik terbaik je.

Buat masa ni, nasihangit lebih mengutamakan advertlets sebab konsep advertlets ni kena dengan konsep blog nasihangit, semakin banyak entri bergambar yang korang buat, semakin banyak income masuk. Kalau nuffnang pulak, semakin banyak entri mengampu dan events yang nuffnang buat korang sertai, semakin banyak income dapat. Tetapi, tak rugi pun korang mengampu, memang banyak income masuk tambah-tambah kalau korang ahli glitterati nuffnang. Jadi, tak adil buat nasihangit yang tinggal jauh dari Lembah Klang. Padahal dulu tinggal dekat Lembah Klang pun tak pernah join. Hahaha ;3

Jadi, nasihangit minta korang bagi idea dan pandangan mana satu pilihan korang sebab boleh bantu bloggers baru nak naik. Lupakan kata-kata hipokrit bloggers yang cakap "buat blog bukan sebab duit" sebab kalau dia betul-betul ikhlas nak blogging, bloggers tu tak kan letak satu iklan pun kerana letak iklan ni buat blog lambat loading. Hahaha ;3


p/s: Nasihangit tak layak lagi innity sebab kurang pageviews. So, korang jadi mangsa boleh view 1 entri je dalam homepage. Lagi teruk, entri pertama tu ialah entri sticky sampai 19.9.2020. Sempat lagi kenakan korang. I'm sorry. Hahaha ;3
Comments
7 Comments

7 mangsa nasihangit:

mat ketawa said...

advertlets bayar lu? gua ni cashout hujung tahun sudah... sampai arini x terima apa2 bayaran pun...

dah x larat nak send tiket...

mmg pangkah la advertlest!

yo87 said...

@mat ketawa

ok, ramai yg cakap advertlets tak bayar. aku pun tgh tggu paycheck dari advertlets. kalau dua bulan tak dapat bayaran, blog nasihangit akan siarkan iklan nuffnang jer. Hehehe ;3

momok said...

aku ni dah 2 taun..xpernah2 dapat..

momok said...

sori...advertlets maksud aku

yo87 said...

@momok

ooo..mcm tu, kn best klu dua company ni bergabung. income mcm advertlets, bayar on time macam nuffnang. hehehe

Redlomo said...

make more money with your blog with http://www.nufftag.com/signup.php?id=redlomo

Jutawan4all said...

make money from u blog with cpm ads network http://www.cpmtag.com/signup.php?id=dollarking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...