JOM JADI "DOWNLINE" NASIHANGIT

30 September 2012

0 GILA!! SIMPAN MAYAT ANAK DALAM PETI AIS


Gila!! Itulah ungkapan yang patut nasihangit cakap dekat sepasang suami isteri di China ini. Tian Xueming, 54 tahun, seorang tukang kayu di perkampungan di Selatan China tak dapat menerima hakikat kematian anak lelakinya. Akibat itu, dia menyimpan mayat anaknya yang berusia 18 tahun di dalam peti sejuk beku. Setelah 6 tahun menyimpannya, berita ini tersebar ke serata dunia. Anaknya meninggal dunia akibat leukaemia. Sebelum ini, Tian mempunyai seorang anak perempuan namun mati juga sebab jatuh sakit. Kali ini, Tian betul-betul tak dapat terima hakikat.

Selepas kematian anak lelakinya, Tian menyimpan mayat anaknya ke dalam peti ais agar dia dapat melihat anaknya setiap hari untuk melepaskan rindunya. Malah, mereka suami isteri akan duduk di hadapan peti ais untuk berborak-borak dengan si mati. Kalau anak lelakinya masih hidup, dia kini akan berusia 24 tahun.





Lagi hebat, Tian siap membina generator sendiri dikhuatiri jika berlakunya gangguan bekalan elektrik di kawasan tersebut. Kalau tak, busuklah mayat anak dia tu. Gila!! Inilah yang berlaku kalau orang tu tak ada pegangan agama yang kukuh. Tak dapat menerima qada' dan qadar Alllah S.W.T. Sama-sama kita mengambil ikhtibar daripada cerita ini. ;3
Comments
0 Comments

0 mangsa nasihangit:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...