JOM JADI "DOWNLINE" NASIHANGIT

22 September 2012

1 SUBHANALLAH!! API-API TAK MEMBAKAR KETIKA TOK GURU NIK AZIZ SEDANG SOLAT HAJAT


KOTA BHARU - Meskipun sudah menggunakan khidmat 70 orang bomoh dan ribuan ringgit dihabiskan untuk membayar upah mereka, api misteri tetap mengganggu keluarga Zainab Sulaiman di Kampung Penambang Bunga Emas di sini. Lebih mengejutkan, tidak sampai seminggu api misteri itu mengganggu keluarga itu baru-baru ini, semalam gangguan itu datang lagi ketika Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengunjungi rumah berkenaan bersama isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.





Menteri Besar Kelantan itu mengunjungi rumah tersebut dengan tujuan untuk mengadakan solat hajat dan membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi memohon Allah supaya menjauhkan keluarga itu daripada api misteri itu. Malangnya kata Zainab, 75, api berkenaan muncul di dalam sebuah bilik di bahagian belakang rumah ketika Nik Abdul Aziz sedang mengadakan solat hajat di ruang tamu rumah mereka. Bagaimanapun dalam kejadian kali ini, api tersebut tidak membakar sebarang benda atau peralatan di rumah itu sebaliknya hilang begitu sahaja.

Zainab tetap gembira menerima kunjungan Menteri Besar yang sudi membantu menyelesaikan masalahnya sekeluarga. "Sudah 70 orang bomoh saya guna untuk hapuskan gangguan ini, duit pula sudah habis ribuan ringgit kami sudah hilang punca untuk menyelesaikannya," ceritanya ketika dihubungi di sini semalam. Episod serangan api misteri membabitkan sebuah keluarga tersebut bagaikan tiada penghujungnya selepas kali pertama berlaku tiga tahun lalu.

Sepanjang tempoh tersebut, Zainab yang tinggal bersama menantunya, Rafeah Zakaria, 40, dan tiga cucunya, Wan Mohd. Faiz Wan Hanafi, 15, Wan Norfatihah, 14, dan Wan Nurfatini, 12, terus dihantui keresahan kerana serangan tersebut tidak pernah berhenti. Sepanjang Aidilfitri lalu, keluarga tersebut terpaksa bersengkang mata apabila api misteri berkenaan kembali mengganas dengan serangan antara empat hingga enam kali sehari membakar pelbagai peralatan rumah termasuk pakaian.


p/s: Cuba ajak si Bijan dan Hamsor datang buat poco-poco dekat rumah si mangsa, apa yang bakal terjadi? Hahaha ;3
Comments
1 Comments

1 mangsa nasihangit:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...