JOM JADI "DOWNLINE" NASIHANGIT

14 October 2011

3 BLOGGER HANGIT MINGGU INI - EDDIE JUSTIN


Nama sebenar / timangan : Eddie Yustin
Jantina : Jejaka
Umur : 35-44
Laman blog : www.borakkosong.com
Negeri asal : Kuala Lumpur

Sila teruskan bacaan untuk ikuti sesi interview bersama Blogger Hangit Minggu Ini. :)

Berapakah anggaran pelawat yang mengunjungi blog anda dalam sehari ?

3000

1)Serba sedikit informasi tentang laman blog anda :

Blog ini blog yang memberikan informasi,hiburan dan bermacam-macam lagi.Sesuai dengan moto blog santai..kongsi apa saje

2)Berapa lama masa yang diperuntukkan untuk berblogging dalam seminggu?

Setiap hari update blog. Satu jam satu entri

3)Apakah pekerjaan anda sebelum menceburi diri dalam dunia blog?

Ada perniagaan sendiri dan masih menjalankan perniagaan.Blog hanya sampingan.

4)Apakah matlamat asal blog anda dan kenapa anda buat blog?

Matlamat asal blog hanya sekadar mengisi masa yang terluang dan sekadar berkongsi sesuatu dengan netizen dan para pembaca

5)Bagaimana anda capai target sebagaimana sekarang ? Apa yang mendorong anda untuk terus blogging?

Nak capai target atau sukses kena berusaha,Jangan ada perasaan bosan dan bersabar. Yang penting cari kawan dan jangan bermusuhan dalam dunia blog.

6)Apakah tips yang boleh anda sumbangkan untuk blogger baru yang nak menceburi bidang blogging supaya berjaya?

Tips utama tanya apa tujuan berblog.Yang pasti kena rajin mamberi sesuatu yang baru didalam blog.Jangan mudah putus asa jika belum mencapai sesuatu.

7)Salah satu masalah utama untuk blogger baru ialah untuk mendapatkan traffik. Apakah tips yang anda boleh berikan kepada mereka untuk menjana traffik ke blog mereka?

Kalau kita kejar traffik,traffik pasti lari,biarkan traffik datang sendiri.Traffik akan datang sendiri jika kita rajin update blog.Buat orang tertunggu-tunggu setiap jam apa cerita terbaru dari blog kita.InsyaAllah traffik pelahan-pelahan akan datang ke blog kita.Semua blogger akan menghadapi masalah traffik ini baik blogger baru atau lama cuma kesabaran dan kekuatan seseorang blogger yang membuat mereka bertahan di dunia blog .

8)Selalu promote atau ping entri blog anda dekat mana?

selalu promote di facebook

9)Senaraikan tiga(3) blog kegemaran anda dan apa yang membuatkan blog itu sungguh istimewa?

www.benashaari.com

www.tiffinbiru.com

http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com

Istimewa ketiga-tiga blog ini kerana mereka menjadi sumber inspirasi semasa mula-mula berblog dan akhirnya berkawan walaupun di dunia maya.Ben Ashaari merupakan sifu saya dalam berblog dan dia banyak mengajar tentang selok belok berblog.Blog Mat Gebu dan Kak Ummi merupakan blog masakan yang sentiasa di kunjungi pembaca.Ini membuatkan saya teruja untuk mencapai matlamat saya di dunia blog dan hendak menjadikan blog saya seperti blog mereka.Mereka-mereka ini bukan mengejar traffik dalam berblog dan akan sentiasa memberi sesuatu yang segar dalam blog mereka.Ini membuatkan pembaca sentiasa mengunjungi blog mereka.

10)Aktiviti lain selain berblogging?

Uruskan perniagaan

11)Matlamat anda dengan blog anda untuk 5 tahun akan datang?

Ingin menjadi blog nombor satu di Malaysia



Blog yang sedap mata memandang terutama flash header tu. Kemas, santai dan bersahaja. Cuma, ruangan untuk entri kelihatan kecil berbanding iklan. Jadi, first time visitors mungkin akan terganggu dengan perkara ini. Apa pun, entri yang disiarkan memang menarik minat nasihangit untuk teruskan bacaan. No wonderlah mak i pun tak suka u pageviews dekat blog borakkosong.com meningkat setiap masa. Muahaha :D

p/s: Entri ni akan melekat di homepage nasihangit selama seminggu. :)
Comments
3 Comments

3 mangsa nasihangit:

penulis senja said...

pehhhhhhhhhh
den nk gak jdi hangit

yo87 said...

boleh je, isi la form interview dekat segmen Blogger Hangit Minggu Ini (BHMI). hehe ;)

fahmi mohd nilam said...

tahniah kerana anda terhangit. aku tgk blog nie terasa lapar plak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...