Cute bukan amoi dekat atas ni? Namun, apa yang korang baca bakal mengubah segalanya. Alkisahnya bermula apabila cinta seorang anak pegawai kerajaan dari Hefei, China, ditolak oleh Zhou Yan, budak dekat atas ni. Kerana dendam cinta ditolak + hasutan syaitan, Tao Rukun,17, memecah masuk ke dalam rumah Zhou Yan kemudian menyimbah minyak tanah ke atas kepala dan menyalakan api. Akibat daripada insiden itu, 30% badan Zhou Yan terbakar.
AMARAN: Jangan baca entri ini kalau anda lemah semangat.
Lagi menyedihkan, ibu bapa pesalah yang berpangkat pegawai kerajaan bersetuju untuk membayar kos rawatan Zhou Yan sekiranya ibu bapanya setuju sign surat yang menyatakan anak mereka tidak bersalah dan insiden ini berlaku akibat kecuaian. Enggan sign surat tersebut, Zhou Yan terpaksa dikeluarkan daripada hospital sebab ibu bapanya tidak mampu menanggung kos rawatan yang begitu mahal.
Kini, kes jenayah ini tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya kerana perbezaan darjat antara keluarga pesalah dan mangsa. WTF!! Kejam sekali hidup di China. Orang miskin ditindas sehebat-hebatnya. Erm, dekat Malaysia pun berlaku jugak tapi tak sampailah tahap macam ni. Apa pun, itulah asam garam hidup di dunia, yang berharta disanjung, yang miskin dianjing-anging. Namun, yang kekal abadi di akhirat sana. Nanti dapatlah pembalasan daripada yang Maha Esa. ;3