JOM JADI "DOWNLINE" NASIHANGIT

30 July 2010

1 ELAK NASI MENTAH


Kali ini nasihangit ingin berkongsi petua bagi mengelakkkan nasi mentah pula. Mungkin korang semua pernah alami peristiwa tersilap membuat sukatan air dengan ketinggian beras. Akhirnya, nasi korang menjadi mentah sebab kekurangan air. Korang tak perlu panik, nasihangit ada petua. Apa yang korang perlu lakukan ialah dengan merenjiskan air ke dalam periuk nasi. Biarkan nasi ditanak dalam beberapa minit. Ulang langkah ini sehingga nasi korang betul-betul masak. Ingat, jangan terlampau lama. Nanti nasi mentah korang bertukar jadi nasi hangit pula. Tak pasal-pasal korang kena tengok petua ELAKKAN NASI HANGIT. ;D


Selamat mencuba yer. ;)
Comments
1 Comments

1 mangsa nasihangit:

CikHaniBhulat said...

tips ni hani tahu..tapi jrg la nasik xmasak..selalu terlebih air.hehe... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...